Zurich Takaful Al-Shams
Kukuhkan Masa Depan Anda dan Orang Tersayang.Sediakan Hibah Takaful Sebagai Hadiah Istimewa Buat Waris Yang Anda Sayangi Sebelum Terlambat
Kenapa Pelan Hibah Takaful Wajib dimiliki?
Apa Itu Hibah Takaful Al-Shams ?
Hibah bemaksud hadiah, hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang akan diberikan sejumlah pampasan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
Takaful Al-Shams adalah pelan Penerimaan Terjamin takaful keluarga biasa yang memberikan perlindungan kewangan kepada ahli keluarga anda. Pelan ini merangkumi Perlindungan Kematian, Hilang Upaya Serta Manfaat Kematian Akibat Kemalangan. Anda boleh memilih tempoh perlindungan daripada 20, 30 tahun atau sehingga umur 80 tahun.
Kenapa Anda Perlukan Hibah Zurich Takaful Al-Shams ?
Sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit, sudah tentu pekerjaan anda akan terjejas. Secara tidak lansung, pendapatan anda juga akan turut sama terjejas!
Jadi, apakah yang anda perlu lakukan? Anda perlu ambil Hibah untuk diri anda. Apabila anda jatuh sakit terutama disebabkan oleh penyakit kritikal seperti kanser, anda akan mendapat sejumlah wang pampasan untuk anda ‘survive’ dan meneruskan kehidupan walaupun pendapatan anda sudah tiada dan terjejas
Jika anda ditakdirkan meninggal dunia, sudah tentu keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama. Kehidupan keluarga anda akan terjejas dan pasti mereka akan hidup susah.
Segala aset yang anda ada juga akan dibekukan dan proses tuntutan serta pembahagian harta pusaka kepada keluarga anda juga akan mengambil masa yang sangat lama. Bukan itu sahaja, ianya akan menelan kos yang sangat tinggi.
Jadi, apakah penyelesaiannya? Anda perlu sediakan hibah keluarga untuk isteri dan anak-anak anda. Ianya akan membantu mereka ‘survive’ dan meneruskan kehidupan dengan sempurna selepas pemergian anda.
Sesiapa saja berpotensi untuk memiliki hutang dan pinjaman daripada Bank. Contohnya Loan Rumah, Loan Kereta dll. Pernahkah anda terfikir, apakah yang akan terjadi kepada hutang dan pinjaman tersebut sekiranya anda ditakdirkan jatuh sakit?Adakah anda masih mampu untuk meneruskan bayaran balik pinjaman setelah pendapatan anda terjejas?
Atau anda ingin melihat keluarga anda terpaksa bekerja keras dan bersusah payah untuk meneruskan bayaran balik pinjaman bagi pihak anda?
Oleh sebab itu, Hibah boleh menjadi pengganti pendapatan anda dan keluarga. Segala hutang dan pinjaman pasti akan dapat diuruskan dan diselesaikan dengan baik dengan adanya Hibah.
Anda mampu untuk hidup selesa seperti sekarang kerana pendapatan anda tidak terjejas. Tapi anda perlu ingat bahawa malang tidak berbau. Pendapatan anda boleh hilang dalam sekelip mata. Jadi, apakah persediaan anda?
Segala simpanan anda pasti akan terhakis sedikit demi sedikit kerana ingin menampung perbelanjaan harian keluarga. Soalnya, selama mana ianya mampu bertahan?
Sebab itu anda perlukan Hibah. Hibah boleh membantu mengekalkan gaya hidup anda dan keluarga sekiranya berlaku perkara yg tidak diingini ke atas diri anda.
Mengumpul aset seperti rumah, tanah, simpanan dan pelaburan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sudah pasti anda tidak mahu segalanya hilang dek kerana tiada perancangan yang rapi untuk melindungi aset-aset anda.
Hibah takaful adalah instrumen paling tepat untuk melindungi aset-aset anda.
“Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang meminta-minta” pernahkah anda dengar kenyataan ini?
Cuba anda renungkan sebentar, bolehkah anda menamakan 5 orang yang diyakini boleh menghulurkan bantuan yang berterusan kepada keluarga anda sekiranya anda terlebih dahulu pergi meninggalkan keluarga tersayang?
Jika tiada, maka Hibah takaful adalah jawapannya!
Andai kata anda mati & anda mengambil hibah takaful. Duit hibah tersebut boleh bantu untuk selesaikan hutang tertunggak, bil, kos tambahan lain & beri pada yang tersayang untuk dimanfaatkan apabila anda sudah tiada.
Andai kata berlaku musibah pada diri seperti hilang upaya, sakit kritikal. Anda akan dapat pampasan, duit tersebut pastinya akan bantu untuk digunakan sebaik mungkin.
Andai kata jika anda sakit & perlu rawatan hospital. Anda sudah tak risau sebab takaful akan tanggung kos rawatan sepanjang buat rawatan di hospital.
Siapa Yang Perlukan Hibah Zurich Takaful Al-Shams ?
Adakah Anda Termasuk Didalam 12 Kategori Dibawah ?
Pasangan mempunyai rumah atas satu nama suami isteri (Sole ownership house) @ proxy
Pasangan mempunyai rumah atas dua nama suami & isteri (Joint ownership house)
Pemilik perniagaan untuk kesinambungan perniagaan selepas kematian
Pasangan mempunyai anak perempuan sahaja
Pasangan mempunyai anak lelaki & perempuan tetapi ingin mengagihkan harta sama rata
Pasangan mempunyai anak OKU (perlu jagaan khas)
Pasangan mempunyai anak angkat
Pasangan tidak mempunyai anak
Lelaki yang BERPOLIGAMI
Saudara baru (mualaf)
Individu bujang / tidak berkahwin
Lelaki / wanita berkahwin semula
Memperkenalkan, Takaful Al-Shams
Manfaat & Ciri-ciri Produk
Takaful Al-Shams memperkenalkan pelbagai manfaat perlindungan dalam satu pelan Penerimaan Terjamin yang mudah serta mampu milik bagi menjaga anda dan yang tersayang
Penerimaan Terjamin dengan Permohonan Mudah
Melindungi keluarga anda tidak pernah semudah ini. Takaful Al-Shams menawarkan ciri Penerimaan Terjamin yang memastikan anda kekal dilindungi walau apa jua keadaan kesihatan anda. Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan
Caruman yang Berpatutan
Takaful Al-Shams menawarkan caruman yang berpatutan supaya anda boleh menyokong keluarga anda tanpa sebarang kerisauan.
Manfaat Ihsan
Takaful Al-Shams membantu meringankan beban kewangan keluarga sekiranya anda meninggal dunia. RM2,000 akan dibayar secara sekali gus sebagai bantuan kewangan.
Pelan Sokongan Hilang Upaya
Takaful Al-Shams memastikan anda melangkah ke usia emas dengan tenang dan lebih yakin. Pelan ini memberikan manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) sehingga umur 75 tahun dan perlindungan berterusan dengan manfaat Hilang Upaya Warga Emas (HUWE) sehingga akhir tempoh sijil
Manfaat Pemulihan Tahunan HUKK
Sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dalam hidup. Dengan Takaful Al-Shams, sekiranya anda mengalami HUKK, tambahan 5% daripada Jumlah Perlindungan Asas akan dibayar kepada anda selama 5 tahun untuk meringankan beban kewangan dan membantu anda pulih sihat.
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Untuk Keluarga
Hidup penuh dengan ketidaktentuan tetapi dengan Takaful Al-Shams, perlindungan anda termasuk ahli keluarga akan terjaga sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Sekiranya mana-mana 4 orang ahli keluarga anda meninggal dunia akibat kemalangan, RM10,000 akan dibayar secara sekali gus bagi setiap ahli keluarga. Manfaat ini hanya untuk tahun sijil ke-3 dan seterusnya sahaja.
Hak Istimewa Penjagaan Keluarga
Lindungi keluarga anda walaupun anda tiada lagi di sisi mereka. Sekiranya anda meninggal dunia, sehingga 4 orang ahli keluarga anda akan layak untuk menyertai pelan takaful keluarga Zurich yang baharu dengan perlindungan sehingga 25% daripada Jumlah Perlindungan Asas tanpa taja jamin perubatan.
Kematian / Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) / Hilang Upaya Warga Emas (HUWE)
100% daripada Jumlah Perlindungan Asas atau Jumlah Caruman yang dibuat, yang mana lebih tinggi
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Am
Manfaat Kematian + 100% daripada Jumlah Perlindungan Asas
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Pengangkutan Awam
Manfaat Kematian + 200% daripada Jumlah Perlindungan Asas
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Di Luar Negara
Manfaat Kematian + 300% daripada Jumlah Perlindungan Asas
Bagaimana Hibah Takaful Berfungsi ?
Apabila Berlaku Kematian
Pampasan yang telah dihibahkan kepada penama akan terus diberi kepada penama tersebut. Ianya tidak melalui proses pembahagian harta pusaka dan faraidh.Ianya berbeza dengan simpanan atau harta yang lain seperti EPF,ASB dan AKAUN BANK dimana penama yang diletakkan adalah PENJAGA AMANAH dan kesemua harta tersebut merupakan HARTA PUSAKA dan hendaklah dibahagikan kepada WARIS yang berhak.
Semasa Hidup
Polisi HIBAH TAKAFUL yang diambil juga mempunyai PERLINDUNGAN TERHADAP LUMPUH KEKAL dan penyakit kritikal Di mana,pemilik polisi akan menerima sejumlah PAMPASAN apabila disahkan menghadapi keadaan tersebut. Pampasan ini juga boleh digunakan sebagai SURVIVAL FUND atau PERLINDUNGAN PENDAPATAN sekiranya anda tidak mampu bekerja dan mencari pendapatan lagi.
Model Wakalah
Zurich Takaful beroperasi di bawah prinsip Wakalah, di mana Pengendali Takaful selaku ejen mengendalikan operasi perniagaan Takaful kepada Peserta. Yuran Wakalah akan dikenakan terlebih dahulu daripada caruman yang telah dibuat. Baki caruman akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (APRP)1 sebagai Tabarru’ (derma), di mana ia akan digunakan untuk memberi bantuan bagi kegunaan bersama antara peserta berdasarkan konsep Takaful.
Manfaat hanya akan dibayar dari APRP bagi kerugian yang dilindungi dan bukan semasa sijil matang atau sijil telah tamat. Lebihan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan akan dikongsi antara Peserta dan Zurich Takaful mengikut nisbah 50:50 berdasarkan kontrak Hibah setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah. Jika baki di dalam APRP tidak mencukupi untuk membayar manfaat Takaful kepada Peserta, kami akan menampung kekurangan di dalam APRP di bawah prinsip Qard (pinjaman). Sekiranya terdapat lebihan daripada APRP pada akhir tahun kewangan akan datang, pembayaran balik pinjaman akan diutamakan terlebih dahulu sebelum pengagihan lebihan dibuat.
Tahun Sijil
Tempoh Perlindungan / % Caruman ( 20 tahun, 30 tahun atau sehingga umur 80 tahun)
1
75.0
2
65.0
3
45.0
4
40.0
5
35.0
6
30.0
7 & seterusnya
10.0
Takaful Al-Shams adalah pelan Penerimaan Terjamin takaful keluarga biasa yang memberikan perlindungan kewangan kepada ahli keluarga anda. Anda boleh memilih tempoh perlindungan daripada 20, 30 tahun atau sehingga umur 80 tahun.
Umur minimum untuk menyertai pelan ini adalah 14 hari dan umur maksimum adalah tertakluk kepada tempoh perlindungan pilihan anda. Namun begitu, Peserta mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
Tempoh Perlindungan | Umur Kemasukan* |
20 tahun, 30 tahun atau sehingga umur 80 tahun | 14 hari – 60 tahun |
*Tempoh perlindungan mestilah tidak melebihi umur 80 tahun
Ya. Caruman yang dibuat layak menerima pelepasan cukai pendapatan di samping pelan takaful keluarga atau insurans hayat anda yang lain, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Caruman boleh dibuat secara tahunan, setengah tahunan, suku tahunan atau bulanan.
Yuran dan caj untuk pelan ini adalah seperti berikut:
PeneranganYuran dan Caj | |
Yuran Wakalah | Caj ini membolehkan kami membayar perbelanjaan mengurus perniagaan takaful, termasuk upah kepada Perancang Kewangan kami. |
Tabarru’ (Derma) | Caj Tabarru’ tidak sama dan berdasarkan umur, jantina, kaedah caruman, jumlah perlindungan dan tempoh perlindungan untuk Orang Yang Dilindungi. |
Yuran Serahan | Tidak berkenaan. |
Takaful Al-Shams tidak melindungi kejadian seperti yang disenaraikan di bawah. Sila ambil perhatian bahawa senarai ini adalah tidak menyeluruh dan anda disarankan untuk merujuk kepada senarai menyeluruh yang terdapat dalam Lembaran Pendedahan Produk atau Sijil Takaful.
Manfaat Kematian Akibat Kemalangan / Manfaat Kematian Akibat Kemalangan Untuk Keluarga
Sijil ini tidak melindungi sebarang kematian atau kecederaan akibat kemalangan yang berpunca secara langsung atau tidak langsung, sebahagian atau sepenuhnya, oleh mana-mana satu daripada kejadian berikut:
a. pelanggaran atau cubaan melanggar undang-undang atau melawan
penangkapan; atau
b. hernia, ptomaina atau jangkitan bakteria (kecuali jangkitan piogenik yang
berlaku dengan dan melalui suatu luka atau kecederaan kemalangan).
Manfaat Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal (HUKK) / Manfaat
Hilang Upaya Warga Emas / Manfaat Pemulihan Tahunan HUKK
Sijil ini tidak akan melindungi sebarang kecacatan yang disebabkan secara
langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh dan
daripada kejadian berikut:
a. mencederakan diri sendiri semasa waras atau tidak waras; atau
b. penyakit sedia ada
Jangan Bertangguh Lagi !
Perlukan khidmat nasihat untuk memilih pelan perlindungan kewangan yang sesuai untuk anda? Jom saya kongsikan bagaimana memilih pelan takaful yang sesuai dan terbaik untuk anda. Isikan butiran maklumat untuk rundingan dan nasihat percuma.